1.kepercayaan kepada tuhan
-keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam
-mematuhi segala suruhanNya
2.Amanah
-sikap bertanggungjawab
-menimbulkan kepercayaan orang lain
3.Harga diri
-memuliakan maruah diri
-menjaga maruah diri
4.Bertanggungjawab
-memikul tugas
-melaksanakan kewajipan
5.Hemah tinggi
-beradap sopan
-berbudi pekerti mulia
6.Toleransi
-bertolak ansur
-sabar/mengawal diri
7.Kerajinan
-usaha yang berterusan
-ketekunan/kecekalan/dedikasi/kegigihan/berdaya maju
8.Kasih Sayang
-perasaan cinta yang mendalam
-perasaan cinta yang berkekalan
9.Keadilan
-Tindakan dan keputusan yang saksama
-Tidak berat sebelah
10.Kesederhanaan
-Sikap tidak berketerlaluan
-tanpa mengabaikan kepentingan sendiri dan orang lain
11.Rasional
-boleh berfikir
-bertindak wajar
12.Berdikari
-kebolehan melaksanakan sesuatu
-tanpa bergantung kepada orang lain
13.Kasih sayang terhadap keluarga
-perasaan cinta yang mendalam kepada keluarga
-perasaan cinta yang berkekalan kepada keluarga
14.Hormat dan taat kepada anggota keluarga
-memuliakan setiap anggota keluarga
-berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan
15.Mengekalkan tradisi kekeluargaan
-menerima kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga
-menghormati adat / mengamalkan kebiasaan
16.Tanggungjawab terhadap keluarga
-kewajipan kepada keluarga
-melahirkan keluarga yang bahagia
-meningkatkan imej keluarga
17.Menyayangi dan menghargai alam sekitar
-memelihara alam sekeliling
-memulihara alam sekeliling
18.Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
-hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling
-kualiti kehidupan manusia dengan alam sekeliling terpelihara
19.Kemampanan alam sekitar
-pengekalan keseimbangan alam sekeliling
-tanggungjawab bersama
20.Peka terhadap isu-isu alam sekitar
-prihatin terhadap persoalan alam sekeliling
-berusaha menyelesaikannya
21.Cinta akan negara
-perasaan sayang dan bangga terhadap negara
-meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
22.Taat setia kepada raja dan negara
-kepatuhan yang berkekalan kepada raja
-kesetiaan yang berkekalan terhadap negara
23.Sanggup berkorban untuk negara
-kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu
-sebagai tanda kebaktian kepada negara
24.Melindungi hak kanak-kanak
-membela dan memberi naungan
-memelihara hak kanak-kanak
25.Menghormati hak wanita
-mengiktiraf wanita
-melindungi wanita
26.Melindungi hak pengguna
-memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang bijak
-hak untuk mendapat perkhidmatan danbarangan yang berkualiti dan tidak mudah dieskploitasi
27.Menghormati hak golongan kurang berupaya
-memberi layanan secara bersopan
-mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan
28.Melindungi hak pekerja
-menghargai jasa dan sumbangan golongan pekerja
-mengiktiraf jasa dan sumbangan gonglongan pekerja
29.Mematuhi peraturan dan undang-undang
-menerima peraturan
-mematuhi undang-undang
30.Kebebasan bersuara
-kebebasan berucap dengan batasan tertentu
-kebebasan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu
31.Kebebasan beragama
-kebebasan menganuti agama
-kebebasan mengamalkan agama
32.Sikap keterbukaan
-bersedia memberi pandangan
-sedia menerima pembaharuan
33.Penglibatan diri dalam pembangunan negara
-kebebasan melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan negara
-dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia
34.Hidup bersama secara aman
-Hidup berbaik-baik antara satu sama lain
-mengutamakan keharmonian
35.Saling membantu dan bekerjasama
-usaha yang baik dan membina
-dilakukan bersama
36.Saling menghormati antara negara
-memuliakan hubungan antara negara
-menghargai hubungan antara negara
No comments:
Post a Comment